Monday, November 9, 2009

sumbat je!

aku nak taw
aku heran
aku pening
























macam ne nak sumbat otak dengan semua bab yang dibelajar dari awal sem dalam masa 3 jam?




oh bersenang2 dulu bersusah kemudian
JANGAN PEGANG PERIBAHASA INI!

kompom korang akan merana kemudian hari


ok, aku fikir sape student uni yang lebih malas dari aku?
MACAM AKU JE yang PALING MALAS.
HAIH~



Sunday, November 8, 2009

ape kejadahnya aku browse mende tak guna nih

BUSAN BUKAK BUKU. dah la blackout tadi. nasib baik kejap je. kalau tak tido kat padang tenis la aku pasal panas. huahuahua. intenet lak macam bangang. aku bosan, blog ni jadi mangsa. lantak ko la bloGGGG..

tengok cerita lama. bukan cerita P-Lamlu. cerita KAMI. xleh blah apsal aku tengok citer ni lagi. sampailah part ni..


so tahap rajin wat research ape tah aku carik kat google then jumpe website nih..

rupa2nya masih ada website tuh.. huhu

dah la aku geram. shutbox aku tak leh letak url aku. ari tu kene banned pasal ip address kene banned. aku terima lagi pasal aku gune celcom. sekarang kene block pasal spamming. aku nak spam pun aku tak reti. spam tu pun aku mende nye tah. heran aku.

notakiut:
giler tak saba nak balik..grgrgrgrgr. rasa malas nak ambik exam. uwaaa.. nak fly balik sekarang!

notacomot:
stress dengan hormon tak berapa betul. dah lebih 14 hari dah. g klinik malas lak. lagi2 la klinik UTM belakang blok aku nih. kang dia bagi panadol jew. haih~


Saturday, November 7, 2009

pembunuh! dibunuh! membunuh!

isnin dan selasa ni aku exam lagiey. kedua dua paper aku macam tak taw apa2 then terus exam. rasa macam mula2 masok sem, otak blur dengan subjek tu terus final exam. sial. lusa beb. beberapa hari ni aku tidur je. berbelas2 jam. yep. tidur PEMBUNUH. tidur MEMBUNUH. masa DIBUNUH oleh tidur. aku geram. kadang2 plan tidur sejam 2 terlajak berjam2.mata nape la ko kuat sangat tidurrrrr. giler nye malas.

WARGHHHHHHHH JELES GILA AKU TENGOK ORANG DAH ABIS EXAM. ADA YANG DAH BALIK RUMAH. MENCI! aku dah tak tahan dah sem ni. sem yang hidup aku memang tunggang langgang tak tentu pasal. nak study pun xde mood.gap berlambak2 bukan study pun. time2 exam ni melambak2 SETAN mengerumun aku. suruh aku tido. suruh aku makan. suruh aku on9. belajar nye tak. time2 exam ni rajin gila vavi update blog. kalau tak exam kadang2 nak bukak blog pun malas. time exam ni la rajen masok chatroom. time tak exam tak de nye pulak. MENGONG! time management = ZERO!

gamba masa last sem. ntah berapa kali dah aku publish gamba ni.
DAH TAK DE GAMBA LAIN KE HAPER?


aku menci dengan tidur aku.
OVER OVER OVER TERLEBIH.
WARGHHHHH.
WAKE UP FIFFY!

Friday, November 6, 2009

daripada sibuk jaga tepi kain artis, baik aku berkebun

plan B hidup, kalau lepas grad nanti xde kejer,xdapat future study lagi, baik aku jadi petani.so start sekarang mula la berkecimpung dalam perkebunan supaya bila dah tua tak cultural shock tengok tanah.

holaaa... kebun aku

aku start berkebun ni masa cuti sem lalu, bulan 6 macam tu kot. susah berkebun ni sebenarnya. tapi sekarang berkat usaha peluh keringat dan masa, akhirnya dah sampai level 26. dan tidak lupa juga kepada jiran tetangga yang sudi membenarkan tanamannya untuk dicuri, jasa anda amat dihargai.

sekarang kebun aku dah bertambah maju. mula2 aku ada ayam. tapi sebulan je =( pasal ayam lari ikot jantan. so aku relakan dia pergi. WALAUPUN DUIT AKU HABIS BELI KO KO TAW TAK PENAT KUMPUL DUIT 90000++ NAK BELI KO??? ok la aku piyed lebih masa dengan ayam pun aku emo.

anjing ni nama fuffy

ada anjing. anjing ni kejap boleh harap kejap tak leh harap. geram tol aku. makan je lebih. habis buah2an aku kene curik dia xduli. macam gampang.

ni pulak nama sheeby

yeay, sekarang aku ada biri-biri. leh cabut bulu dia 3 kali sehari. tengok la kat atas tu kambing aku dah bogel aku kerjekan. tunggu beberapa jam lagi bulu dia tumbuh lagi. then aku bogelkan lagi. tu la purpose aku beli ko, kalau aku tengok ko putih dengan bulu2 ko macam tu je baik aku tak yah beli. penat taw kumpul duit beli ko. tak habis2 aku kene gigit anjing jiran sebelah menyebelah pasal curik tanaman tambah income.

ada 1 lagi binatang yang agak murah. rasa nak beli tapi...

aku bukak mende ni pun dah nak termuntah dengar bunyi dia. penat lak aku menyertu kebun aku dengan air tanah. tak ade masa weh.. lepastu orang takut nak beli tanaman aku pasal DIRAGUI HALAL.

RAHSIA KEJAYAAN:

dulu aku tak ambik endah sengat dengan pertanian ni. tapi kawan2 ajak aku berkebun sama dengan dorang. al-maklumlah masa tu cuti sekolah. hotak la cuti sekolah cuti sem la weh. so aku tengok la tapak kebun aku. mula la bercucuk tanam. dari level 0 taw. masa tu memang la makan kebun, tidur kebun, tengok tivvy kebun.. masa tidur dah set jam da berapa jam nak harvest.

sejak ada anjing, tak payah aku nak risau sangat orang nak curik tanaman. dah la main kotor nak dapatkan anjing. tak dapat invite referal 10 orang aku buat 2 profile FB lagi, lepastu aku invite profile tu supaya leh cukup 10 orang.

sekarang aku mampu berbangga dengan kebun aku. penat lelah jerih perih berkebun dulu dah nampak hasilnya. aku dah tambah acsessory untuk kebun aku dah. nanti plan nak tambah lagi.


notakiut:
dah busan main ni sebenarnya. sekarang just 2 kali sehari je aku cek. ramai member dah retired main ni sebab give up tak leh lawan kebun aku . tapi entah la, SUSAH TOL NAK BERENTI!


Thursday, November 5, 2009

aku nak jadi baby balik!

kalau x-po nak jadi kanak-kanak balik, aku nak jadi baby balik. sebab masa baby, mak dan ayah aku cakap aku memang senang dijaga. tak banyak kerenah. ni dorang cakap. bukan aku. so aku tak masok kereta seat belakang drive sendiri. kalau aku dah tidur pun, bising macam mana pun aku tak bangun. aku tak ada masalah tidur. sampai sekarang pun macam tu. korang letak bom pun sebelah aku masa tidur aku memang tak kan bangun. tapi dah besar ni aku tidur macam ni dorang risau dengan attitude aku sekarang ni. dorang cakap kalau ape2 berlaku masa aku sorang2 aku tak sedar, susah nanti.

so dah semakin besar, parents aku semakin risau dengan aku. aku ingat masa umur aku 4 tahun, aku sakit. aku tak ingat sakit ape, yang pastu masalah kulit then kaki aku sebelah kiri mengembang kemerahan. masa tu aku masok tadika. entah berapa bulan aku tak pergi tadika. aku kerap sakit. demam sana, demam sini. selalu buat dorang risau. Alhamdulillah, bila dah betul betul besar dan matang ni aku dah jarang sakit. dok main hujan panas macam orang gila pun aku tak sakit. gile arh takbur ko fiffy.

aku masa baby. aku pun tak taw mata aku mana

masa baby, kite tak sedar pun kita time tu kan. tapi tengok gambar, mesti dalam hati, cute nye aku masa kecik dulu. ye la tak ade orang puji puji la diri sendiri. bermakna kita puji kekuasaan Allah. masa tu, kulit halus mulus, putih melepak, tak payah sibuk nak pakai toner+moisturizer+sunblock semua untuk kulit.

masa kita baby mak dan ayah gembira. especially macam aku anak sulong kira first child dorang. lagi2 la dapat baby yang cute macam aku. nenek pun happy. cucu sulung sebelah mak. masa tu aku la bulan aku lah intan payung. keh3. afiq if adik baca ni jangan jeles! wakakak. ok la adik aku pun comel gak. tapi sekarang, ya Allah, tak sanggup aku nak puji.

masa baby kita tak nakal. tak degil. mak ayah tak risau ituw. kira macam fresh lagi kan. sekarang tercemar dengan macam2 dah. aku hari tu tak nak la mak aku risau dengan aku kalau aku kuar dengan member ke, g jalan sorang2 ke,senang senang je aku cakap,

mak, tak yah la risau, fiffy dah besar la, dah pandai jaga diri


then mak aku cakap

dah makin besar ni la mak makin risau, ape2 je boleh berlaku. sekarang tengok la kat tivvy (macam ejaan nama aku, fiffy), ape dah jadi ngan tenagers zaman sekarang. lom lagi kes jenayah.

ok, aku tak taw nak balas apa.

masa baby kita tak ade masalah pun. kalau ada, eh memang tak ade kan. kalau kanak2, masih lagi ada masalah. masa kanak kanak, ade gak gaduh dengan kawan berebut toys (bukan toyboy okeyh!) lepastu balik rumah nangis mengadu kat mak ade kawan marah. masa baby tak de kan? haha

kire dah semakin besar semakin banyak yang difikir. lagi2 la bab study. study to achieve our goals and their goals. harapan dorang pun goals gak. ceit citer pasal goals lak. mentang2 la tadi exam management. sekarang, kene fikir. jawab main tembak masa exam management tadi pun kene fikir. semua kene fikir. dengan assignment berlambak lagi, exam, problem sana sini. masalah cinta. macam la penah bercinta ko fiffy.

actually, aku tak nak parents aku risau sangat dengan aku. orang ingat kalau dah besar tu mak ayah senang hati, tapi sebaliknya weh. risau kalau apa2 berlaku kat kita. bimbang kalau ada yang buat tak baik kat kita. penah gak mak aku cakap,

rasa nak bawak masuk anak2 mak dalam perut mak balik bila dengar kes2 anak2 sekarang ni

TU LA PASAL AKU NAK JADI BABY BALIK!!!!!




Wednesday, November 4, 2009

jangan ejek aku sebab aku jakun

PADA ZAMAN DAHULU..

lepastu ade yang cakap

ALA, BARU AMBIK KIMIA NAK MERUNGUT, LOM LAGI AMBIK MEDIK KE FARMASI KE BARU KO TAW

KIMIA TU SENANG JE KO YANG BODO XLEH CATCH UP

ok la tipuw belaka, xde yang cakap macam tu.

then,

ok kantoi aku tengah ym ngan eka

then ade yang marah

YANG KO MENCARUT MAKI HAMUN TAK TENTU PASAL APEHAL? SABA LA SIKIT!

ok, itu pun tipu.haha

SEKARANG..





lepastu ade yang ym

ORANG LAIN DAH LAMA PAKAI LA!!

KETINGGALAN ZAMAN TOL!

ok, itu betul nye. tak tipuw.

bukan tak nak tukar, malas nak donlod baru nye. tadi macam2 mende yang kuar. cakap c++ error on YM la ape kejadahnye kua. aku dah la buta IT. so malas nak layan, aku uninstall yang lama nye then donload yang baru.

p/s:
sedih sebenarnya ni.. untuk paper management esok, baru aku taw malam ni yang just kuar cuma chapt 8 sampai chapter akhir. tapi aku dah study dari chapter 1 sampai... ? chapter 8 pun tak sampai. uwaaaaaa T_T

P/S:
oh belogku, aku asyik ngadu kat ko je, nasib baik ko xleh cakap, kalau tak dah lama aku kene lempang ko!

to-do-list bila holiday nanti

memandangkan cuti dalam seminggu je lagi (yang dah abis exam tu jangan nak riak cakap korang dah start cuti ek, riak adalah sifat mazmumah tahu tak).. walaupun aku ada 3 papers lagi, tapi cuti gak yang aku tak sabar! warghhhhh! so cuti just sebulan lebih je kan kene buat list n plan supaya cuti tak terbuang begitew sahajew :P (SKEMA TAK AKU CUTI PUN NAK BUAT PLAN APE NAK BUAT?)

1. TAK NAK BANGUN LAMBAT LAGIEY
please la aku ingin sangat lepas subuh tak nak tidor lagi, terus sediakan sarapan untuk suami dan anak sarapan dengan parents n adik before dorang g sekolah, lepastu bagi lambaian terindah untuk dorang. then lepas dorang dah pergi kerje, nak kemas rumah, siram bunga, masak untuk lunch bukannya lepas subuh baru nak tido, lepastu bangun pukul 12 tengahari then terbongkang kat depan tivi (ke teevee? or tieyviey?) tunggu dorang sampai beli meal for lunch...walaweh.. teramatlah sopan anak dara macam ni.

2. NAK HABISKAN MASA BERSAMA KELUARGA
ok aku nak retired dari chatroom. papai semua kawan2ku di chatroom. dan juga facebook. so nak on9 sejarang2 yang mungkin so aku tak la terperap dalam bilik gelak sorang2 depan laptop sampai mak aku cakap "fiffy dah kawan dengan robot segi 4 je dah tak kawan dengan manusia lagieyyy" wokeh lawak ade gak dengar mak aku cakap macam tu. so nak habiskan setiap masa dengan family nasib la nak cuti sekolah so parents aku cuti gak weh, tak lah aku sorang2 kat rumah. memandangkan aku balik rumah memang hang out dengan family je entah tahun berapa aku last kuar dengan kawan (mid-last year kot?) jumpa kawan pun jarang (macam tak jumpe je?) siyes kat rumah aku jadi anak mak dan ayah.

3. NAK MAIN GAME DENGAN ADIK PUAS2
ni aku terpaksa tunaikan janji aku dengan adik aku pasal hari tu dia ajak main lawan on9 game ngan dia, so aku busy aku cakap aku janji nak main PS2 dengan dia bila balik umah nanti. aku malas nak main pasal aku asyik kalah je dengan dia. pastu aku lak rasa tercabar sebagai seorang kakak kalah main dengan adik aku yang hingusan tu. cesss

4. NAK TRY SEGALA JENIS MAKANAN
terutamanya sarawak food. aku reti makan laksa sarawak je. yang lain memang aku tak reti. umai, bubur pedas, mee kolok aku tak terliur nak rasa. bubur pedas pun bulan puasa tu aku baru pandai makan tu pun irah mintak bawak balik UTM masa aku balik time merdeka hari tu. so mak kirim lebih aku try makan gak. yang lain?? sayur pun aku tak reti nak telan. nak gak makan belacan, cencalok, budu, rojak tambi cina melayu semua. rimas gak parents aku asyik tegur aku yang asyik makan makanan species yang sama je hari hari. bak kata dorang, takde kepelbagaian selera langsung. rugi jadi manusia macam ni. wokeh family aku pantang dengan kerapu n patin. macam gampang boleh pantang mende2 yang sepatutnya boleh dimakan. ni la pantang orang2 tua dulu2 yang menyusahkan anak cucu.

5. NAK JUMPA KAWAN KAWAN LAMA
pleaselah aku rindu sangat2 ngan korang. tak kira la yang sama sekolah dulu (sekolah menengah je kot, yang sekolah rendah macam takde perasaan nak rindu apa lagi yang tadika) dan juga kat matrik (yang kuching dan samarahan je only) yang sabahan tu nanti2 la jumpa k kalau aku g KK. tu pun if u all rindu kat aku. huhu. even yang rumah dekat 1 taman leh jalan kaki jogging2 kene kejar asuk pun aku x jumpa. jahat kan aku? raya pun aku tak pergi. =( sapa2 yang nak organize untuk reunion ke, buat la weh. (SMK Agama Matang SPM06? ktk orang organize la reunion paling kurang pun hang out sama2) (KML H5T33 07/08?? pun sama juak weh..)

6. NAK BELAJAR MASAK
ok ini pun tipuw.. tak minat.

7. NAK CARIK INCOME LEBIH
ni pun tipuw. nak carik tapi sape2 yang nak bagi income kat aku without any job dialu2kan.. waaaka

nak balik nak guna streamyx. guna celcom asyik kene banned je pasal ip no same. cis
(tadi cakap nak on9 jarang2 kat umah ape kes ni fiffy?)